Kusyu' Dalam Solat

Assalamua'laikum wbt.

Untuk khusyu' dalam solat dari pengetahuan saya ialah kita boleh terangkan melalui perspektif thuma'ninah dan pengertian ihsan.Dan mustahil kekhusyu'an dapat tercapai
dalam keadaan tergesa-gesa.Contohnya,Setiap kali bertambah thuma'ninah seseorang, maka bertambah pula kekhusyu'annya dan setiap kali berkurang thuma’ninah-nya maka bertambahlah ketergesa-gesaannya, sehingga jadilah gerakan kedua tangannya seperti sesuatu yang sia-sia yang tidak diiringi dengan kekhusyu'an.Allah memuji hamba2Nya yang khusyu' dalam solat:-

"Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman ( yaitu) mereka yang khusyu' di dalam shalat mereka" [Al Mu’minun; 1-2].

"Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'" [Al-Baqarah : ayat 238]

Lihatlah bukti bagaimana Allah memuji orang yang khusyu' dalam solat mereka.Tetapui pujian itu datang bersama2 denagn amaran.Selain memuji orang yang menjaga khusyu' nya dalam solat Allah juga memberi amaranNya melalui firmanNya:-

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Al-Ma'un : ayat 4-5]

Kalau kita menyaksikan bagaimana beberapa orang yang solat, kita akan dapati penyelisihan-penyelisihan yang sangat banyak terhadap petunjuk Nabi di dalam shalatnya.. Mereka mempercepat bacaan Al-Fatihah hingga tidak mungkin bagi ma'mum untuk membacanya dengan thuma'ninah dan tadabbur.Rasulullah saw bersabda:-

"Seburuk-buruknya pencuri adalah orang yang mencuri shalatnya." Berkata Abu Hurairah Radhiyallahu ’anhu, "Bagaimana dia mencuri shalatnya?” Beliau bersabda, "Dia tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya”
[HR. Ath-Thabrani]

Thuma'ninah dalam solat kita boleh memberikan kesan dalam kekhusyu'kan dalam solat.antara perkara yang boleh kita contohi dalam solat baginda saw. ialah:-
Diriwayatkan dari Al Barra' bin 'Azib Radhiyallahu ’anhu bahwasanya ia berkata,
"Saya shalat bersama Rasulullah ? maka saya dapati berdirinya, ruku'nya, 'itidalnya setelah ruku’, sujudnya, duduknya diantara dua sujud, sujudnya, dan duduknya sebelum salam dan pergi (temponya) hampir sama."
[Muttafaqun ‘Alaihi.]

Nabi saw. tidak membacanya dengan tergesa-gesa tanpa tadabbur dan khusyu' seperti yang banyak dilakukan oleh ummatnya sekarang.
Sebagai kesimpulan berkata Syaikh Abdullah Al Mar'ii Hafidzahullah,
"Yang benar dalam hal ini adalah tergantung bacaan (seseorang di dalam shalat). Kalau bacaannya panjang, ruku' dan sujudnya juga panjang”.
Kemudian beliau Hafidzahullah melanjutkan, “Yang dimaksud (temponya) hampir sama, bahwa tambahan bacaan menuntut adanya tambahan tasbih dan pengurangan bacaan menuntut adanya pengurangan tasbih”.

Antara perkara yang boleh kita renungkan adalah hadith baginda yang berbunyi:-
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:
”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”
(Muslim)

Selain mendapat khusyu' dengan menjaga thuma'ninah dalam solat kita juga boleh memahami erti khusyu' dengan cuba mendalami makna ihsan.Pengertian ihsan yang secara menyeluruh boleh menghadirkan taqwa sekaligus menyuntik hati kita untuk kita khusyu' setiap kali berhadapan dengan Allah.Kesedaran bahawa solat itu sebagai salah satu cara komunikasi dengan Allah boleh membantu diri ini untuk bersiap sedia dan fokus..Antara tips al-Ghazzali ke arah membina fokus dan penghayatan yang baik di dalam Solat. Al-Ghazzali menyarankan agar Solat kita dipisahkan daripada aktiviti yang sedang kita lakukan agar ia tidak ’masuk’ ke dalam Solat. Kunci kereta hilang, laporan kewangan syarikat dan sebagainya, boleh dijauhkan dari tumpuan kita di dalam Solat jika kita pisahkan Solat itu daripada aktiviti yang sedang kita lakukan. 10 minit adalah jangka waktu yang praktikal.Selain itu,adalah menepati sunnah untuk melihat tempat sujud berbanding menutup mata ketika solat

Kita juga sedia maklum bahawa cara memahami apa itu ihsan berdasarkan hadith
Abu Hurairah r.a;Rasulullah bersabda,
"Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu."
Cara ini boleh mendatangkan kekusyu'kan dalam diri kita semasa melakukan amal ibadah.

Di atas adalah point2 yang dapat saya keutarakan berdasarkan ilmu yang sedikit ini tentang bagaimana hendak menghadirkan khusyu' itu dalam diri kita sewaktu sedang melakukan ibadah.percayalah bahawa terdapat juga beberapa hadis tentang tidak khusyu'nya baginda saw semasa sedang solat akibat ada beberapa perkara yang mengakibatkan pemikiran baginda terganggu.Oleh itu adalah tidak mustahil bagi kita juga untuk tidak khusyu' dalam solat,cuma apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha mencari atau menghadirkan khusyu' itu sewaktu solat.Mungkin sahabat2 lain boleh menambah atau membetulkan andai ada salah atau silap.

Wallahua'lam

Friday, June 18, 2010 at Friday, June 18, 2010 , 0 Comments

Bersama Budak Kepala Besar "Upin Ipin"



Wednesday, May 26, 2010 at Wednesday, May 26, 2010 , 0 Comments

Sejenak Di TV3



Berada Di Set Rakaman MHI & Muzik2
p/s : Teringat time di interview kt MHI dulu..huhuu

at Wednesday, May 26, 2010 , 0 Comments

Sejenak Di TV3




Bergambar Kenang-kenangan bersama BOS Media Prima,Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan

at Wednesday, May 26, 2010 , 0 Comments

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat ilahi yang tak terhingga kerana memberi segala bentuk nikmat kepada seluruh umatnya termasuklah hambanya yang kerdil ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga baginda. Tak dilupakan juga kepada sahabat2 baginda R.A yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini hingga ke hari ini, para2 tabi’ dan tabi’en, dan kepada mereka2 yang memperjuangkan agama islam hingga ke hari ini.


Adakah kita sudah memikirkan apakah malu itu?? Adakah malu itu dapat meningkatkan keimanan kita kepada ilahi?? Sebenarnya, malu itu separuh daripada iman.Begitulah sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat. Bukannya malu yang tak bertempat.


Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'


Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.


Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.


Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.


Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia- sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.


Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakan muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.


Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.


Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin

By : Mujahid Islam

Tuesday, May 18, 2010 at Tuesday, May 18, 2010 , 0 Comments

Buatmu Insan Bernama Guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

adapted from Lilin Seorang Guru By InTeam

Saturday, May 15, 2010 at Saturday, May 15, 2010 , 0 Comments

Ajarilah Aku Wahai Syahid

Ajarilah aku wahai Syahid!
Ajarilah aku wahai Syahid!

Ajarilah aku, bagaimana bisa mati Syahid
Ajari aku agar biar mati terpuji

Ajari aku, bagaimana aku harus patuh kepada Rabb-ku,
Meninggalkan dunia, nun jauh di sana

Ajari aku, bagaimana meninggalkan keluarga-ku
Dalam keadaan teguh dan sabar, seperti gunung yang kukuh

Ajari aku, bagaimana meninggalkan anak-anak ku
Dengan menunduk dan menata hidup baru

Kupasrahkan orang-orang yang ku cintai, kepada yang Maha Penyayang
Tidak ada yang menyantuni ayah ku, selain yang Maha Penyayang

Demi Rabb-mu, ajari dan katakan pada ku
Apakah kamu tidak pernah menginginkan kehidupan?

Beritahu aku khabar gembira itu, wahai kekasihku
Nikmat apa yang kau lihat pada orang yang mati Syahid?

Wajah mu adalah cahaya yang tidak menjemukkan pemandangnya,
Kata-katamu adalah kebenaran, dan telah ada buktinya

Diam mu adalah berpikir, kau tidak suka banyak bicara
Urusan mu adalah serius, dan jauh dari senda gurau

Bangunlah saudara ku, bulatkan tekad mu
Setelah itu, engkau tidak akan takut lagi!

Friday, May 14, 2010 at Friday, May 14, 2010 , 0 Comments