Persediaan Menyambut Ramadhan

Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk musyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong. Puasa juga mampu membentuk musyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t. Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat derjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus ia akan mendidik manusia membiasakan diri dengan mengahadapi nerbagai-bagai kesusahan serta teguh mengahadapi rintangan bagi menuju kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa

Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi didalam dirinya yang dapat menghalang ia daripada makan dan minum, kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ?. Apakah benteng yang menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah, setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang ditinggalkannya. Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan. Puasa juga membersihkan jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus lumus mencari keseronokan hidup. Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi, pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa, antara fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. didalam surah al-Ankabut ayat 58 Yang bermaksud : " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".

Dan Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi : Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar ".

Kebanyakan kita telah mengetahui bahawa mengikut ilmu Psikologi setiap orang yang dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri. Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling berkesan ialah dengan berpuasa. Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA..Amiin

p/s : Perkongsian Daripada Sahabat saya.

Monday, August 2, 2010 at Monday, August 02, 2010 , 0 Comments

Kusyu' Dalam Solat

Assalamua'laikum wbt.

Untuk khusyu' dalam solat dari pengetahuan saya ialah kita boleh terangkan melalui perspektif thuma'ninah dan pengertian ihsan.Dan mustahil kekhusyu'an dapat tercapai
dalam keadaan tergesa-gesa.Contohnya,Setiap kali bertambah thuma'ninah seseorang, maka bertambah pula kekhusyu'annya dan setiap kali berkurang thuma’ninah-nya maka bertambahlah ketergesa-gesaannya, sehingga jadilah gerakan kedua tangannya seperti sesuatu yang sia-sia yang tidak diiringi dengan kekhusyu'an.Allah memuji hamba2Nya yang khusyu' dalam solat:-

"Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman ( yaitu) mereka yang khusyu' di dalam shalat mereka" [Al Mu’minun; 1-2].

"Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'" [Al-Baqarah : ayat 238]

Lihatlah bukti bagaimana Allah memuji orang yang khusyu' dalam solat mereka.Tetapui pujian itu datang bersama2 denagn amaran.Selain memuji orang yang menjaga khusyu' nya dalam solat Allah juga memberi amaranNya melalui firmanNya:-

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Al-Ma'un : ayat 4-5]

Kalau kita menyaksikan bagaimana beberapa orang yang solat, kita akan dapati penyelisihan-penyelisihan yang sangat banyak terhadap petunjuk Nabi di dalam shalatnya.. Mereka mempercepat bacaan Al-Fatihah hingga tidak mungkin bagi ma'mum untuk membacanya dengan thuma'ninah dan tadabbur.Rasulullah saw bersabda:-

"Seburuk-buruknya pencuri adalah orang yang mencuri shalatnya." Berkata Abu Hurairah Radhiyallahu ’anhu, "Bagaimana dia mencuri shalatnya?” Beliau bersabda, "Dia tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya”
[HR. Ath-Thabrani]

Thuma'ninah dalam solat kita boleh memberikan kesan dalam kekhusyu'kan dalam solat.antara perkara yang boleh kita contohi dalam solat baginda saw. ialah:-
Diriwayatkan dari Al Barra' bin 'Azib Radhiyallahu ’anhu bahwasanya ia berkata,
"Saya shalat bersama Rasulullah ? maka saya dapati berdirinya, ruku'nya, 'itidalnya setelah ruku’, sujudnya, duduknya diantara dua sujud, sujudnya, dan duduknya sebelum salam dan pergi (temponya) hampir sama."
[Muttafaqun ‘Alaihi.]

Nabi saw. tidak membacanya dengan tergesa-gesa tanpa tadabbur dan khusyu' seperti yang banyak dilakukan oleh ummatnya sekarang.
Sebagai kesimpulan berkata Syaikh Abdullah Al Mar'ii Hafidzahullah,
"Yang benar dalam hal ini adalah tergantung bacaan (seseorang di dalam shalat). Kalau bacaannya panjang, ruku' dan sujudnya juga panjang”.
Kemudian beliau Hafidzahullah melanjutkan, “Yang dimaksud (temponya) hampir sama, bahwa tambahan bacaan menuntut adanya tambahan tasbih dan pengurangan bacaan menuntut adanya pengurangan tasbih”.

Antara perkara yang boleh kita renungkan adalah hadith baginda yang berbunyi:-
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:
”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”
(Muslim)

Selain mendapat khusyu' dengan menjaga thuma'ninah dalam solat kita juga boleh memahami erti khusyu' dengan cuba mendalami makna ihsan.Pengertian ihsan yang secara menyeluruh boleh menghadirkan taqwa sekaligus menyuntik hati kita untuk kita khusyu' setiap kali berhadapan dengan Allah.Kesedaran bahawa solat itu sebagai salah satu cara komunikasi dengan Allah boleh membantu diri ini untuk bersiap sedia dan fokus..Antara tips al-Ghazzali ke arah membina fokus dan penghayatan yang baik di dalam Solat. Al-Ghazzali menyarankan agar Solat kita dipisahkan daripada aktiviti yang sedang kita lakukan agar ia tidak ’masuk’ ke dalam Solat. Kunci kereta hilang, laporan kewangan syarikat dan sebagainya, boleh dijauhkan dari tumpuan kita di dalam Solat jika kita pisahkan Solat itu daripada aktiviti yang sedang kita lakukan. 10 minit adalah jangka waktu yang praktikal.Selain itu,adalah menepati sunnah untuk melihat tempat sujud berbanding menutup mata ketika solat

Kita juga sedia maklum bahawa cara memahami apa itu ihsan berdasarkan hadith
Abu Hurairah r.a;Rasulullah bersabda,
"Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu."
Cara ini boleh mendatangkan kekusyu'kan dalam diri kita semasa melakukan amal ibadah.

Di atas adalah point2 yang dapat saya keutarakan berdasarkan ilmu yang sedikit ini tentang bagaimana hendak menghadirkan khusyu' itu dalam diri kita sewaktu sedang melakukan ibadah.percayalah bahawa terdapat juga beberapa hadis tentang tidak khusyu'nya baginda saw semasa sedang solat akibat ada beberapa perkara yang mengakibatkan pemikiran baginda terganggu.Oleh itu adalah tidak mustahil bagi kita juga untuk tidak khusyu' dalam solat,cuma apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha mencari atau menghadirkan khusyu' itu sewaktu solat.Mungkin sahabat2 lain boleh menambah atau membetulkan andai ada salah atau silap.

Wallahua'lam

Friday, June 18, 2010 at Friday, June 18, 2010 , 0 Comments

Bersama Budak Kepala Besar "Upin Ipin"



Wednesday, May 26, 2010 at Wednesday, May 26, 2010 , 0 Comments

Sejenak Di TV3



Berada Di Set Rakaman MHI & Muzik2
p/s : Teringat time di interview kt MHI dulu..huhuu

at Wednesday, May 26, 2010 , 0 Comments

Sejenak Di TV3




Bergambar Kenang-kenangan bersama BOS Media Prima,Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan

at Wednesday, May 26, 2010 , 0 Comments

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat ilahi yang tak terhingga kerana memberi segala bentuk nikmat kepada seluruh umatnya termasuklah hambanya yang kerdil ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga baginda. Tak dilupakan juga kepada sahabat2 baginda R.A yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini hingga ke hari ini, para2 tabi’ dan tabi’en, dan kepada mereka2 yang memperjuangkan agama islam hingga ke hari ini.


Adakah kita sudah memikirkan apakah malu itu?? Adakah malu itu dapat meningkatkan keimanan kita kepada ilahi?? Sebenarnya, malu itu separuh daripada iman.Begitulah sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat. Bukannya malu yang tak bertempat.


Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'


Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.


Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.


Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.


Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia- sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.


Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakan muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.


Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.


Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin

By : Mujahid Islam

Tuesday, May 18, 2010 at Tuesday, May 18, 2010 , 0 Comments

Buatmu Insan Bernama Guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

adapted from Lilin Seorang Guru By InTeam

Saturday, May 15, 2010 at Saturday, May 15, 2010 , 0 Comments

Ajarilah Aku Wahai Syahid

Ajarilah aku wahai Syahid!
Ajarilah aku wahai Syahid!

Ajarilah aku, bagaimana bisa mati Syahid
Ajari aku agar biar mati terpuji

Ajari aku, bagaimana aku harus patuh kepada Rabb-ku,
Meninggalkan dunia, nun jauh di sana

Ajari aku, bagaimana meninggalkan keluarga-ku
Dalam keadaan teguh dan sabar, seperti gunung yang kukuh

Ajari aku, bagaimana meninggalkan anak-anak ku
Dengan menunduk dan menata hidup baru

Kupasrahkan orang-orang yang ku cintai, kepada yang Maha Penyayang
Tidak ada yang menyantuni ayah ku, selain yang Maha Penyayang

Demi Rabb-mu, ajari dan katakan pada ku
Apakah kamu tidak pernah menginginkan kehidupan?

Beritahu aku khabar gembira itu, wahai kekasihku
Nikmat apa yang kau lihat pada orang yang mati Syahid?

Wajah mu adalah cahaya yang tidak menjemukkan pemandangnya,
Kata-katamu adalah kebenaran, dan telah ada buktinya

Diam mu adalah berpikir, kau tidak suka banyak bicara
Urusan mu adalah serius, dan jauh dari senda gurau

Bangunlah saudara ku, bulatkan tekad mu
Setelah itu, engkau tidak akan takut lagi!

Friday, May 14, 2010 at Friday, May 14, 2010 , 0 Comments

Aku Hamba

Wednesday, May 12, 2010 at Wednesday, May 12, 2010 , 0 Comments

Kecintaan Para Sahabat R.A terhadap Baginda Muhammad Rasulullah SAW

Sahabat-Sahabat R.Anhum Memukul Sesiapa Yang Mencaci Rasullulah S.A.W.

Dikeluarkan oleh Ibnu Al-Mubarak dari Hurmulah bin Imran bin Ka'ab bin Al-Qamah bahawa sesungguhnya Gharfah bin Al-Haris Al- Khindi R.A. mempunyai hubungan yang dekat dengan Nabi S.A.W. Beliau pernah mendengar seorang Nasrani mencaci Nabi S.A.W., lalu beliau pun memukul hidungnya. Lelaki Nasrani itupun mengadukan hal ini kepada Amru bin Al-'As R.A.

Setelah Amru Al-'As menerima laporan dari lelaki Nasrani itu, beliau berkata kepada Gharfah, "Sesungguhnya kita mempunyai perjanjian dengan mereka (dengan orang-orang Nasrani)."

Gharfah pula berkata, "Aku berlindung kepada Allah! Apakah patut kita menghormati perjanjian itu sedangkan mereka telah menghina Nabi kita??? Perjanjian itu telah menyetujui bahawa kita tidak akan menggangu mereka di gereja-gereja mereka dan mereka boleh berbicara dan melakukan apa sahaja yang mereka suka di dalamnya dan kita tidak akan memaksa mereka dengan perkara yang mereka tidak mampu melakukannya. Begitu juga, kita tidak akan berperang bersama dengan mereka, kecuali jika mereka diserang oleh pihak musuh. Begitu juga membiarkan mereka dengan peraturan mereka, kecuali mereka datang kepada kita dalam keadaan mereka redha dengan undang-undang kita. Maka itu kita akan berhukum atas mereka dengan hukum Allah Azza Wa Jalla dan Rasul-Nya."

Allahu rabbi..Lihat bagaimana reaksi Sahabat R.Anhum terhadap mereka yang mencerca Nabi S.A.W. Begitu jauh dengan reaksi umat Islam sekarang apabila melihat @ mendengar Nabi S.A.W. Pernahkah kita menangis dek tidak mampu berbuat apa ketika melihat @ mendengar Nabi S.A.W di cerca?? Sekurang-kurangnya tangisan itu menjadi bukti bahawa kita benar-benar cintakan Nabi S.A.W. Lihat, bagaimana Sahabat-sahabat menangis kerana cintakan Nabi S.A.W.

Tangisan Para Sahabat Apabila Mengingat Rasullullah S.A.W.

Dikeluarkan oleh Ibnu Al-Mubarak dan Ibnu Asakir dari Zaid bin Aslam katanya : Pada suatu malam, Umar bin Al-Khaththab R.A keluar untuk melihat orang ramai. Beliau melihat sebuah lampu di dalam sebuah rumah. Ketika menghampiri rumah itu, beliau melihat seorang wanita sedang membersihkan kapas untuk ditenun sambil bersyair :

Selawat orang-orang berakal atas Muhammad,
Orang-orang yang terpilih telah berselawat atasmu,
Engkau telah menghabiskan waktu malam beribadat kepada Allah,
dan tangisan pada waktu sahur,
Moga-moga syairku dan kematian itu dalam berbagai cara,
Adakah (Allah) menempatkanku dan kekasihku (Muhammad) di dalam sebuah rumah yang sama??

Kerana itu, Umar R.A. pun duduk di muka pintu sambil menangis, beliau terus menangis sehingga beliau dengan sendirinya mengetuk pintu rumah wanita tua itu. Wanita itu bertanya, "Siapakah yang mengetuk pintu?"

Umar R.A. menjawab, "Umar bin Al-Khaththab."

Tanya wanita itu, "Apa yang Umar inginkan dariku? Umar tidak akan datang pada waktu seperti ini."
Umar R.A. berkata, "Bukalah pintu ini. Allah merahmatimu."
.
Wanita tua itu pun membukakan pintu untuk Umar R.A. lalu Umar R.A. masuk seraya berkata, "Ulangilah kata-katamu yang baru saja kamu ucapkan tadi."
.
Maka wanita itu pun mengulangi kata-katanya. Ketika sampai di penghujung syairnya, Umar R.A. berkata, "Aku pun meminta darimu agar memasukkan aku bersama-sama kamu berdua." (Muntakhab Al-Kanz)
.
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dari Asim bin Muhammad dari ayahnya katanya, "Tiap kali Ibnu Umar R.A. mengingat Rasullullah S.A.W., maka air matanya berlinang sambil menangis."
.
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dari Al-Masni bin Sa'id Az-Zira katanya: Aku mendengar Anas bin Malik R.A. berkata, "Pada setiap malam, di dalam setiap mimpiku aku melihat kekasihku." Kemudian beliau pun menangis.
.
Allahu rabbi..Adakah kita menangis ketika mendengar bait-bait syair tentang Rasullullah S.A.W.??
.
Seorang wanita telah pergi berjumpa Saidatina Aisyah R.Anha dan berkata kepadanya, "Bawalah saya menziarahi makam Rasullullah S.A.W." Saidatina Aisyah R.Anha pun membuka bilik itu. Wanita itu pun pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis..Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia..(As-Syifa')
.
Masih wujudkah Umat ini yang cintakan Nabi S.A.W. yang hanya menziarahi makam Baginda S.A.W. kemudian menangis sehingga mati??

Menangislah wahai Ummat kerana tak mampu berbuat apa-apa terhadap penghinaan ini!!

Sungguh kecewa sekiranya kita tidak mampu berbuat apa-apa walaupun hanya dengan menitiskan setitis air mata... menangis..

Monday, May 10, 2010 at Monday, May 10, 2010 , 0 Comments

Sudah Lama Tidak Menulis...

Salam ukhuwah teman2..
sudah 4 hari ana tidak menulis di ruangan ini disebabkan bebanan kerja yg begitu byk..huhu..insyaAllah ana akn cuba update kan sekerap yg mungkin isi2 laman ini utk kita sama2 merenung dan mentarbiyah diri kita sendiri..moga kita sentiasa di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah S.W.T..amiin..

at Monday, May 10, 2010 , 0 Comments

Adab Belajar

Daripada Imam Al-Ghazali

1 . Bersihkan hati dari sifat-sifat keji, maksiat, dan tercela...

2. menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap ilmu, kurangkan hubungan dengan urusan dunia, keluarga, dan kampung halaman.

3. Jangan sombong dengan ketinggian ilmu. Jangan menentang serta memperlekehkan guru.

4. Berpegang teguh dengan apa yang dipelajari tanpa dicampurkan dengan fahaman-fahaman lain.


5. Pelajar tidak boleh mempelajari sebahagian ilmu dan meninggalkan sebahagian yang lain.

6. Belajar secara berperingkat. Mempelajari ilmu yang lebih penting dan lebih bermanfaat daripada yang kurang penting.

7. Belajar ikut tertib dan urutan. Jangan mempelajari ilmu yang lain sebelum menguasai ilmu yang dipelajari.

8. Memilih ilmu yang lebih utama dari segala segi dan faedahnya.

9. Mengamalkan ilmu yang dipelajari kerana Allah S.W.T.

10. Ilmu yang dipelajari mestilah selari atau sejajar dengan matlamat hidup.

11. Tujuan belajar adalah untuk menghiasi batin kerohanian

Thursday, May 6, 2010 at Thursday, May 06, 2010 , 0 Comments

Ikhlaskah Kita ini..??

Satu persoalan yang ingin ditimbulkan, ikhlaskah kita dalam beramal dan berbakti ? Pernah ditanya kepada seorang yang soleh, “Apakah yang lebih berat dari jiwa ?” Ia menjawab, “Keikhlasan kerana jiwa tidak memiliki bahagian di dalamnya.


Firman Allah S.W.T :


“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

Surah Al Furqan :23

Diceritakan pada suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, apa itu ikhlas ? Kemudian Nabi pun diam sambil berfikir buat seketika. Kemudian Nabi pun bertanya kepada Jibril. Bila ditanya Jibril, “Apa itu ikhlas ?” Beliau pun tidak mampu menjawab. Kemudian Jibril terus tanya kepada Allah. Allah menjawab pertanyaan tersebut. Ikhlas itu adalah rahsia dari rahsia-rahsiaKu. Ia adalah antara Aku dengan hambaKu yang tidak Aku ciptakan kecuali kepada hambaKu yang aku cintai.


Keikhlasan mampu membersihkan hati dan mengarahkan kepada Kekasihnya.


Sabda Nabi :

“Ada tiga perkara yang kerananya dalam hati muslim tidak ada kedengkian. Ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimpin dan sentiasa berada dalam jemaah kaum muslimin kerana sesungguhnya dakwah mereka itu meliputi mereka.”


Antara gambaran keikhlasan yang tidak murni oleh Imam Al Ghazali ialah :

* Belajar ilmu supaya mudah mencari wang dan menjadi mulia di tengah keluarga
* Sibuk mengajar dan berceramah supaya terbebas dari kesempitan akibat diam terus menerus dan memperoleh kelapangan melalui nikmat bercakap


Kembali kepada realiti kehidupan. Dalam hidup berpersatuan adakalanya kita merasa tertekan melakukan sesuatu amanah yang dipertanggungjawabk an. Mempersoalkan mengapa perlu melakukan sesuatu sedangkan ia merupakan satu kewajipan. Kembali kepada nawaitu utama kita. Hisab diri. Adakah kita melakukan sesuatu lantaran arahan atau lillahi Taala. Sekiranya ia dibuat kerana Allah hati akan merasa tenang dan tidak mengendahkan apa jua orang lain akan cakap. Contoh paling mudah yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian. Apabila kita membantu sahabat dan dia tidak mengucapkan terima kasih. Pasti terdetik di hati begini, “tak ucap terima kasih pun, lain kali tak perlu tolong lagi.” Jelas menunjukkan bantuan yang dihulurkan tidak ikhlas. Berkongsi satu cerita yang diperolehi dalam satu majlis ilmu. Sebelum masuk ke dalam kelas, seorang guru akan berhenti di muka pintu dengan niat ilmu yang diturunkan kepada pelajarnya adalah kerana Allah. Kesannya, pelajar mereka tidak lupa apa yang diajarkan oleh gurunya lantaran niat yang ikhlas. Sekalipun telah lama meninggalkan alam persekolahan.


Begitulah jua dalam menunaikan solat fardhu. Adakah kita mengerjakan solat disebabkan kewajipan sebagai seorang muslim atau kerana perasaan rindu yang mendalam akan Kekasih sejati? Anologinya cukup mudah. Seorang pelajar pergi ke kuliah kerana menunaikan kewajipan sebagai seorang pelajar dan bagi memenuhi kehadiran untuk membolehkannya masuk ke dewan peperiksaan. Pelajar ini sekadar masuk dan mendengar kuliah sahaja. Berbeza jika seorang pelajar pergi ke kuliah dengan niat untuk menimba ilmu yang telah Allah kurniakan untuk pengajaran umatnya. Pelajar ini akan memberikan sepenuh perhatian dalam sesi kuliah tersebut. Begitulah juga dalam mengerjakan solat. Seandainya ia dilakukan kerana rindu padaNya pasti setiap tutur bacaan dalam solat akan direnungi maksudnya dan lebih khusyuk.


Apabila berbicara soal ikhlas ini juga, sebenarnya ia dapat mengelak dari perasaan hasad dengki. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya pada nikmat Allah itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya : “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, “mereka ialah orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan Allah.” Perasaan ini lahir disebabkan rasa diri berada pada kedudukan tinggi dan mulia berbanding orang lain. Golongan ini juga akan merasa tercabar apabila orang lain memiliki kelebihan yang tiada pada dirinya. Pada ketika inilah, ilmu dan takwa memainkan peranannya sebagai senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang memusnahkan kehidupan. Berbekalkan ilmu yang dimilikilah dapat memberi amaran akibat yang akan diterima dan mendorong manusia untuk berusaha mencapai darjah ketakwaan. Mengambil kisah pembunuhan Habil oleh Qabil lantaran perasaan dengki dan mengikut hawa nafsu yang melulu. Akhirnya Allah memusnahkan keturunannya di zajman Nabi Nuh. Sedarilah bahawa berhala diri itu lebih hebat penangannya. Berhala diri yang dimaksudkan adalah hawa nafsu.


Penutup bicara, perjuangan bukan mengukur kekuatan. Bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan. Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam menyebar risalah Nabi mengembang Islam di muka bumi. Usah risau apa yang diberi ikhlas dari hati akan mereka rasai. Insafi diri. Renungi bersama mengapa kita di sini dan mengapa kita perlu lakukan semua ini. Inilah jalan yang telah kita pilih. Sesungguhnya hidup ini adalah pilihan. Terpulang pada diri untuk memilih jalan yang berliku dan penuh dengan onak duri atau sebaliknya. Masa yang ada sedetik cuma. Sebelum nafas terhenti, muhasabah diri. Moga kita tergolong dalam golongan yang diredhai.

at Thursday, May 06, 2010 , 0 Comments

Bersyukurlah dgn pemberian Allah...

Allah berfirman bermaksud: "Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu disebut dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."

(Surah Hud, ayat 6)


Sesungguhnya nikmat Allah kepada manusia tidak terbilang dan tidak akan mampu untuk dihitung seperti firman-Nya bermaksud: "Dan jika menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menentukan jumlahnya..."

(Surah an-Nahl, ayat 18)

Memang tidak dinafikan bahawa ketika manusia ditimpa bencana atau musibah, kita menanggung bebanan yang lebih berat. Sebab itu manusia ketika dalam kesusahan, biasanya mudah ingat kepada Allah, tetapi mudah lupa dan tidak bersyukur ketika memperoleh nikmat. Allah berfirman bermaksud: "...Dan sedikit (sekali) hamba-hamba-Ku yang bersyukur."(Surah Saba', ayat 13)

Menurut Imam al-Ghazali, bersyukur itu mendatangkan dua faedah. Pertama mengekalkan nikmat. Dengan bersyukur, bermakna kita mengikat nikmat itu daripada hilang dan menjauhkan diri daripada seksaan Allah. Ini sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Mengapa Allah akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman?"

(Surah an-Nisa, ayat 147)

Faedah kedua adalah menambahkan nikmat seperti mana Allah berfirman bermaksud: "...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Ali bin Abi Thalib berkata: "Apabila tanda-tanda kenikmatan sampai kepadamu, maka janganlah anda menghilangkannya (mengusir) nikmat yang akan datang dengan sedikit rasa syukur."

Nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia, khususnya Muslim boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

- Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makan minum, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur, pandangan dan nikmat berkasih sayang.

- Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya iaitu nikmat iman dan Islam, kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke akhirat. Nikmat inilah yang perlu dipertahankan sampai ke akhir hayat kita.

Imam Al-Junaid berkata: "Syukur itu ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.” Maksudnya, tanda seseorang bersyukur ialah menggunakan nikmat yang diterima untuk berbuat taat kepada Allah dan memanfaatkannya ke arah kebaikan, bukannya menyalurkan ke kancah maksiat atau kejahatan.

Ulama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan (cara) syukur itu kepada tiga, iaitu:-

- Syukur dengan lidah, iaitu menyebut nikmat kurniaan Allah seperti firman-Nya bermaksud: "Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran."(Surah Dhuha, ayat 11)

- Syukur dengan anggota badan iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredai Allah.

- Syukur dengan hati, iaitu mengiktiraf bahawa Allah sahajalah pemberi nikmat, di mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh oleh manusia datangnya daripada Allah

Friday, April 30, 2010 at Friday, April 30, 2010 , 0 Comments

Untukmu Bunda

Dalam setiap irama tubuhmu kau selalu menyapa
Dalam kepenatan yang tak pernah terbisikkan kau selalu mendekap
Dalam kerinduan yang sangat kau tak pernah ingin lepas dariku

Usiaku kini telah berubah
Aku bukan lagi anak kecil
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini
Kaulah yang telah mengelola emosi labil ini menjadi lokomotif kemajuan
Kaulah yang selalu memberiku keberuntungan dengan nasihatmu kala malam telah
larut dan gerbang mimpi siap menghampiriku

Kala yang lain terlelap
Kutahu kau tak pernah terlena
Pikiran, hati, jiwa, dan emosiku selalu bekerja dan bekerja untuk masa depanku
Kau selalu berpacu dengan waktu
Karena kau yakin, tanpa itu bisa jadi aku terlindas oleh jaman yang semakin tak
keras

Kaulah pengantar luasnya pengetahuanku
Kala wadah kosa kataku hanya bagai tetesan air
Kaulah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan
Kaulah bintang berkilauku
Yang tak akan pernah terlupakan oleh rangkaian huruf cahaya sejarah peradaban manusia

Andai aku bisa, bunda…
Kan kubalas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu, bunda…
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu, sehangat dekapanmu, setulus kasihmu,
dan sebijak nasihatmu

Kutahu, bunda…
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku dalam setiap do’a yang kau panjatkan
Kutahu bunda…
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu
Kutahu bunda…
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah….
Kutengadahkan tanganku berharap kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi…,
Ku memohon berilah bunda mimpi yang selalu indah
Ya Rabbul Izzati…,
Kuberharap padaMu anugerahkan bunda kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari
Ya Illahi…,
Sejahterakanlah bunda

Bunda, pelangi dan matahariku…
Hari ini kuhaturkan dengan tulus padamu…

SELAMAT HARI IBU!

Thursday, April 29, 2010 at Thursday, April 29, 2010 , 0 Comments

Bagaimana Untuk Hilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.

Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah.

Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Diantara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tandukkita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz [A'uzubillahi minas Syaitanirrajim] kerana marah itu datangnya daripadasyaitan.

- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkanapi kemarahan yang sedang membara.

- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebutdi atas,hendaklahtidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tiduri) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang

Wednesday, April 28, 2010 at Wednesday, April 28, 2010 , 0 Comments

Jihad Akan Terus Berlaku Sehingga Tibanya Hari Akhirat

“Dan perangilah mereka hingga tiada lagi fitnah dan agama seluruhnya menjadi milik Allah, jika mereka berhenti maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (al-Anfal: 39)

Walaupun selalu ada berbagai bentuk hal yang bertujuan untuk menghapuskan panji jihad, kalau ditelusuri pangkal sebenarnya jihad ini sejak zaman Rasul saw sudah jelas.

Maksud fitnah di atas adalah kekufuran. Jadi perang akan terus berlangsung sampai tidak ada lagi kekufuran. Para ulama mengatakan: kekufuran tidak akan habis kecuali di zaman Nabi Isa A.S. turun di akhir zaman.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh jamaah serta yang lain, dari ‘Urwah al-Baqiri, "Akan senantiasa tertambat kebaikan pada ubun-ubun kuda hingga hari kiamat, yaitu pahala dan ghanimah (harta rampasan perang)".

Ibnu Hajar berkata dalam Fath al-Bari ketika Bukhari menjadikan hadis ini sebagai dalil akan terus berlangsungnya jihad baik bersama orang jahat ataupun bersama orang baik, sebelumnya Imam Ahmad telah lebih dulu menjadikan hadis ini sebagai dalil (terus berlangsungnya jihad), sebab Nabi SAW menyebutkan terus adanya kebaikan pada ubun-ubun kuda sehingga hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW, "Akan ada segolongan dari umatku yang berperang di atas kebenaran, mereka menang, hingga hari kiamat tiba". (H.R. Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahwa Islam dan jihad akan tetap ada hingga sesaat sebelum kiamat terjadi. Al-Nawawi berkata di dalam Syarah Muslim,

"Kemungkinan kelompok ini terpisah-pisah dalam sekian banyak jenis kaum muslimin, di antara mereka ada yang pemberani sebagai pelaku perang, ada juga yang ahli fiqih, orang-orang zuhud, orang yang melakukan amar ma'ruf dan nahy munkar, ada juga pelaku kebaikan lain. Tidak mesti mereka berkumpul menjadi satu, bisa saja mereka tersebar di berbagai belahan dunia. Hadis ini berisi mukjizat yang nyata, karena ciri seperti ini dengan izin Allah selalu ada pada umat ini sejak zaman Nabi SAW hingga sekarang, dan akan selalu ada hingga tiba ketetapan Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis ini." (Selesai perkataan al-Nawawi)

Dari Abu Hurayrah, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa mati padahal ia belum pernah berperang, dan tidak pernah terlintas di benaknya keinginan untuk berperang maka ia mati di atas salah satu cabang kemunafikan." (H.R. Muslim)

Walaupun belum berkesempatan berjihad di jalan Allah, sekurang-kurangnya tanamkanlah keinginan untuk berjihad di jalan Allah supaya kita tidak mati sebagai seorang munafiq. Apakah cukup sekedar menanamkan keinginan di dalam benak? Alangkah baiknya jika keinginan tersebut disertai doa bersungguh-sungguh dan i'dad untuk melakukan jihad.

Wallahu ta'ala a'lam bi al-shawab.

Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami untuk berjihad dan mati syahid di jalan-Mu! Amin!

Tuesday, April 27, 2010 at Tuesday, April 27, 2010 , 0 Comments

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu penghalang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Bt Sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya...insyAllah

at Tuesday, April 27, 2010 , 0 Comments

Renungan

Syd. Abu Bakar r.a. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati

at Tuesday, April 27, 2010 , 0 Comments

Enam Persoalan Hidup Untuk Renungan

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyambut permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena dia tidak memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Sekian

at Tuesday, April 27, 2010 , 0 Comments

Ciri-ciri Keimanan

Sifat2 keimanan yg perlu kita jaga dan revise setiap ketika adlh spt berikut:
Al-Ta'ibun = org2 yg sentiasa bertaubat
Al-'Abidun = org2 yg beribadat
Al-Hamidun = org2 yg bertahmid memuji kebesaran Ilahi
Al-Sa'ihun = pengembara2 di jln Allah
Al-Raki'un = org2 yg bnyk ruku'
Al-Sajidun = org2 yg sujud kpd Allah
Al-'Amiruna bil-Ma'ruf = org2 yg menyuruh kpd Ma'ruf
Wa-yanhauna 'anil-Munkar = org2 yg menghalang perkara2 Mungkar
Wal-Hafizuna Li Hududillah = org2 yg memelihara hukum2 Allah

Monday, April 26, 2010 at Monday, April 26, 2010 , 0 Comments

Tentang diriku...

Assalamualaikum wbt teman2...
..Namaku Mohd Nazlie bin Zaik..aku lebih senang dipanggil nazli..aku merupakan putera ke-5 ayah & ibu ku..Aku sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan bkal memasuki tahun 4 tak lama lg..blog ini dibuat utk ak berkongsi ape yg aku ade dgn teman2 dan juga ak mgharapkan teman2 berkongsi dgnku khususnya ilmu2 Allah..

at Monday, April 26, 2010 , 0 Comments