Buatmu Insan Bernama Guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

adapted from Lilin Seorang Guru By InTeam

Saturday, May 15, 2010 at Saturday, May 15, 2010 , 0 Comments

Ajarilah Aku Wahai Syahid

Ajarilah aku wahai Syahid!
Ajarilah aku wahai Syahid!

Ajarilah aku, bagaimana bisa mati Syahid
Ajari aku agar biar mati terpuji

Ajari aku, bagaimana aku harus patuh kepada Rabb-ku,
Meninggalkan dunia, nun jauh di sana

Ajari aku, bagaimana meninggalkan keluarga-ku
Dalam keadaan teguh dan sabar, seperti gunung yang kukuh

Ajari aku, bagaimana meninggalkan anak-anak ku
Dengan menunduk dan menata hidup baru

Kupasrahkan orang-orang yang ku cintai, kepada yang Maha Penyayang
Tidak ada yang menyantuni ayah ku, selain yang Maha Penyayang

Demi Rabb-mu, ajari dan katakan pada ku
Apakah kamu tidak pernah menginginkan kehidupan?

Beritahu aku khabar gembira itu, wahai kekasihku
Nikmat apa yang kau lihat pada orang yang mati Syahid?

Wajah mu adalah cahaya yang tidak menjemukkan pemandangnya,
Kata-katamu adalah kebenaran, dan telah ada buktinya

Diam mu adalah berpikir, kau tidak suka banyak bicara
Urusan mu adalah serius, dan jauh dari senda gurau

Bangunlah saudara ku, bulatkan tekad mu
Setelah itu, engkau tidak akan takut lagi!

Friday, May 14, 2010 at Friday, May 14, 2010 , 0 Comments

Aku Hamba

Wednesday, May 12, 2010 at Wednesday, May 12, 2010 , 0 Comments

Kecintaan Para Sahabat R.A terhadap Baginda Muhammad Rasulullah SAW

Sahabat-Sahabat R.Anhum Memukul Sesiapa Yang Mencaci Rasullulah S.A.W.

Dikeluarkan oleh Ibnu Al-Mubarak dari Hurmulah bin Imran bin Ka'ab bin Al-Qamah bahawa sesungguhnya Gharfah bin Al-Haris Al- Khindi R.A. mempunyai hubungan yang dekat dengan Nabi S.A.W. Beliau pernah mendengar seorang Nasrani mencaci Nabi S.A.W., lalu beliau pun memukul hidungnya. Lelaki Nasrani itupun mengadukan hal ini kepada Amru bin Al-'As R.A.

Setelah Amru Al-'As menerima laporan dari lelaki Nasrani itu, beliau berkata kepada Gharfah, "Sesungguhnya kita mempunyai perjanjian dengan mereka (dengan orang-orang Nasrani)."

Gharfah pula berkata, "Aku berlindung kepada Allah! Apakah patut kita menghormati perjanjian itu sedangkan mereka telah menghina Nabi kita??? Perjanjian itu telah menyetujui bahawa kita tidak akan menggangu mereka di gereja-gereja mereka dan mereka boleh berbicara dan melakukan apa sahaja yang mereka suka di dalamnya dan kita tidak akan memaksa mereka dengan perkara yang mereka tidak mampu melakukannya. Begitu juga, kita tidak akan berperang bersama dengan mereka, kecuali jika mereka diserang oleh pihak musuh. Begitu juga membiarkan mereka dengan peraturan mereka, kecuali mereka datang kepada kita dalam keadaan mereka redha dengan undang-undang kita. Maka itu kita akan berhukum atas mereka dengan hukum Allah Azza Wa Jalla dan Rasul-Nya."

Allahu rabbi..Lihat bagaimana reaksi Sahabat R.Anhum terhadap mereka yang mencerca Nabi S.A.W. Begitu jauh dengan reaksi umat Islam sekarang apabila melihat @ mendengar Nabi S.A.W. Pernahkah kita menangis dek tidak mampu berbuat apa ketika melihat @ mendengar Nabi S.A.W di cerca?? Sekurang-kurangnya tangisan itu menjadi bukti bahawa kita benar-benar cintakan Nabi S.A.W. Lihat, bagaimana Sahabat-sahabat menangis kerana cintakan Nabi S.A.W.

Tangisan Para Sahabat Apabila Mengingat Rasullullah S.A.W.

Dikeluarkan oleh Ibnu Al-Mubarak dan Ibnu Asakir dari Zaid bin Aslam katanya : Pada suatu malam, Umar bin Al-Khaththab R.A keluar untuk melihat orang ramai. Beliau melihat sebuah lampu di dalam sebuah rumah. Ketika menghampiri rumah itu, beliau melihat seorang wanita sedang membersihkan kapas untuk ditenun sambil bersyair :

Selawat orang-orang berakal atas Muhammad,
Orang-orang yang terpilih telah berselawat atasmu,
Engkau telah menghabiskan waktu malam beribadat kepada Allah,
dan tangisan pada waktu sahur,
Moga-moga syairku dan kematian itu dalam berbagai cara,
Adakah (Allah) menempatkanku dan kekasihku (Muhammad) di dalam sebuah rumah yang sama??

Kerana itu, Umar R.A. pun duduk di muka pintu sambil menangis, beliau terus menangis sehingga beliau dengan sendirinya mengetuk pintu rumah wanita tua itu. Wanita itu bertanya, "Siapakah yang mengetuk pintu?"

Umar R.A. menjawab, "Umar bin Al-Khaththab."

Tanya wanita itu, "Apa yang Umar inginkan dariku? Umar tidak akan datang pada waktu seperti ini."
Umar R.A. berkata, "Bukalah pintu ini. Allah merahmatimu."
.
Wanita tua itu pun membukakan pintu untuk Umar R.A. lalu Umar R.A. masuk seraya berkata, "Ulangilah kata-katamu yang baru saja kamu ucapkan tadi."
.
Maka wanita itu pun mengulangi kata-katanya. Ketika sampai di penghujung syairnya, Umar R.A. berkata, "Aku pun meminta darimu agar memasukkan aku bersama-sama kamu berdua." (Muntakhab Al-Kanz)
.
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dari Asim bin Muhammad dari ayahnya katanya, "Tiap kali Ibnu Umar R.A. mengingat Rasullullah S.A.W., maka air matanya berlinang sambil menangis."
.
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dari Al-Masni bin Sa'id Az-Zira katanya: Aku mendengar Anas bin Malik R.A. berkata, "Pada setiap malam, di dalam setiap mimpiku aku melihat kekasihku." Kemudian beliau pun menangis.
.
Allahu rabbi..Adakah kita menangis ketika mendengar bait-bait syair tentang Rasullullah S.A.W.??
.
Seorang wanita telah pergi berjumpa Saidatina Aisyah R.Anha dan berkata kepadanya, "Bawalah saya menziarahi makam Rasullullah S.A.W." Saidatina Aisyah R.Anha pun membuka bilik itu. Wanita itu pun pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis..Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia..(As-Syifa')
.
Masih wujudkah Umat ini yang cintakan Nabi S.A.W. yang hanya menziarahi makam Baginda S.A.W. kemudian menangis sehingga mati??

Menangislah wahai Ummat kerana tak mampu berbuat apa-apa terhadap penghinaan ini!!

Sungguh kecewa sekiranya kita tidak mampu berbuat apa-apa walaupun hanya dengan menitiskan setitis air mata... menangis..

Monday, May 10, 2010 at Monday, May 10, 2010 , 0 Comments

Sudah Lama Tidak Menulis...

Salam ukhuwah teman2..
sudah 4 hari ana tidak menulis di ruangan ini disebabkan bebanan kerja yg begitu byk..huhu..insyaAllah ana akn cuba update kan sekerap yg mungkin isi2 laman ini utk kita sama2 merenung dan mentarbiyah diri kita sendiri..moga kita sentiasa di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah S.W.T..amiin..

at Monday, May 10, 2010 , 0 Comments

Adab Belajar

Daripada Imam Al-Ghazali

1 . Bersihkan hati dari sifat-sifat keji, maksiat, dan tercela...

2. menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap ilmu, kurangkan hubungan dengan urusan dunia, keluarga, dan kampung halaman.

3. Jangan sombong dengan ketinggian ilmu. Jangan menentang serta memperlekehkan guru.

4. Berpegang teguh dengan apa yang dipelajari tanpa dicampurkan dengan fahaman-fahaman lain.


5. Pelajar tidak boleh mempelajari sebahagian ilmu dan meninggalkan sebahagian yang lain.

6. Belajar secara berperingkat. Mempelajari ilmu yang lebih penting dan lebih bermanfaat daripada yang kurang penting.

7. Belajar ikut tertib dan urutan. Jangan mempelajari ilmu yang lain sebelum menguasai ilmu yang dipelajari.

8. Memilih ilmu yang lebih utama dari segala segi dan faedahnya.

9. Mengamalkan ilmu yang dipelajari kerana Allah S.W.T.

10. Ilmu yang dipelajari mestilah selari atau sejajar dengan matlamat hidup.

11. Tujuan belajar adalah untuk menghiasi batin kerohanian

Thursday, May 6, 2010 at Thursday, May 06, 2010 , 0 Comments

Ikhlaskah Kita ini..??

Satu persoalan yang ingin ditimbulkan, ikhlaskah kita dalam beramal dan berbakti ? Pernah ditanya kepada seorang yang soleh, “Apakah yang lebih berat dari jiwa ?” Ia menjawab, “Keikhlasan kerana jiwa tidak memiliki bahagian di dalamnya.


Firman Allah S.W.T :


“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

Surah Al Furqan :23

Diceritakan pada suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, apa itu ikhlas ? Kemudian Nabi pun diam sambil berfikir buat seketika. Kemudian Nabi pun bertanya kepada Jibril. Bila ditanya Jibril, “Apa itu ikhlas ?” Beliau pun tidak mampu menjawab. Kemudian Jibril terus tanya kepada Allah. Allah menjawab pertanyaan tersebut. Ikhlas itu adalah rahsia dari rahsia-rahsiaKu. Ia adalah antara Aku dengan hambaKu yang tidak Aku ciptakan kecuali kepada hambaKu yang aku cintai.


Keikhlasan mampu membersihkan hati dan mengarahkan kepada Kekasihnya.


Sabda Nabi :

“Ada tiga perkara yang kerananya dalam hati muslim tidak ada kedengkian. Ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimpin dan sentiasa berada dalam jemaah kaum muslimin kerana sesungguhnya dakwah mereka itu meliputi mereka.”


Antara gambaran keikhlasan yang tidak murni oleh Imam Al Ghazali ialah :

* Belajar ilmu supaya mudah mencari wang dan menjadi mulia di tengah keluarga
* Sibuk mengajar dan berceramah supaya terbebas dari kesempitan akibat diam terus menerus dan memperoleh kelapangan melalui nikmat bercakap


Kembali kepada realiti kehidupan. Dalam hidup berpersatuan adakalanya kita merasa tertekan melakukan sesuatu amanah yang dipertanggungjawabk an. Mempersoalkan mengapa perlu melakukan sesuatu sedangkan ia merupakan satu kewajipan. Kembali kepada nawaitu utama kita. Hisab diri. Adakah kita melakukan sesuatu lantaran arahan atau lillahi Taala. Sekiranya ia dibuat kerana Allah hati akan merasa tenang dan tidak mengendahkan apa jua orang lain akan cakap. Contoh paling mudah yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian. Apabila kita membantu sahabat dan dia tidak mengucapkan terima kasih. Pasti terdetik di hati begini, “tak ucap terima kasih pun, lain kali tak perlu tolong lagi.” Jelas menunjukkan bantuan yang dihulurkan tidak ikhlas. Berkongsi satu cerita yang diperolehi dalam satu majlis ilmu. Sebelum masuk ke dalam kelas, seorang guru akan berhenti di muka pintu dengan niat ilmu yang diturunkan kepada pelajarnya adalah kerana Allah. Kesannya, pelajar mereka tidak lupa apa yang diajarkan oleh gurunya lantaran niat yang ikhlas. Sekalipun telah lama meninggalkan alam persekolahan.


Begitulah jua dalam menunaikan solat fardhu. Adakah kita mengerjakan solat disebabkan kewajipan sebagai seorang muslim atau kerana perasaan rindu yang mendalam akan Kekasih sejati? Anologinya cukup mudah. Seorang pelajar pergi ke kuliah kerana menunaikan kewajipan sebagai seorang pelajar dan bagi memenuhi kehadiran untuk membolehkannya masuk ke dewan peperiksaan. Pelajar ini sekadar masuk dan mendengar kuliah sahaja. Berbeza jika seorang pelajar pergi ke kuliah dengan niat untuk menimba ilmu yang telah Allah kurniakan untuk pengajaran umatnya. Pelajar ini akan memberikan sepenuh perhatian dalam sesi kuliah tersebut. Begitulah juga dalam mengerjakan solat. Seandainya ia dilakukan kerana rindu padaNya pasti setiap tutur bacaan dalam solat akan direnungi maksudnya dan lebih khusyuk.


Apabila berbicara soal ikhlas ini juga, sebenarnya ia dapat mengelak dari perasaan hasad dengki. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya pada nikmat Allah itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya : “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, “mereka ialah orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan Allah.” Perasaan ini lahir disebabkan rasa diri berada pada kedudukan tinggi dan mulia berbanding orang lain. Golongan ini juga akan merasa tercabar apabila orang lain memiliki kelebihan yang tiada pada dirinya. Pada ketika inilah, ilmu dan takwa memainkan peranannya sebagai senjata sebenar yang dapat melawan perasaan yang memusnahkan kehidupan. Berbekalkan ilmu yang dimilikilah dapat memberi amaran akibat yang akan diterima dan mendorong manusia untuk berusaha mencapai darjah ketakwaan. Mengambil kisah pembunuhan Habil oleh Qabil lantaran perasaan dengki dan mengikut hawa nafsu yang melulu. Akhirnya Allah memusnahkan keturunannya di zajman Nabi Nuh. Sedarilah bahawa berhala diri itu lebih hebat penangannya. Berhala diri yang dimaksudkan adalah hawa nafsu.


Penutup bicara, perjuangan bukan mengukur kekuatan. Bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan. Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam menyebar risalah Nabi mengembang Islam di muka bumi. Usah risau apa yang diberi ikhlas dari hati akan mereka rasai. Insafi diri. Renungi bersama mengapa kita di sini dan mengapa kita perlu lakukan semua ini. Inilah jalan yang telah kita pilih. Sesungguhnya hidup ini adalah pilihan. Terpulang pada diri untuk memilih jalan yang berliku dan penuh dengan onak duri atau sebaliknya. Masa yang ada sedetik cuma. Sebelum nafas terhenti, muhasabah diri. Moga kita tergolong dalam golongan yang diredhai.

at Thursday, May 06, 2010 , 0 Comments