Ayat-ayat Syifa' dari Al-Quran

Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi SAW yang terkenal, tetapi tidak juga sembuh penyakitnya itu, hingga menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata :

Di manakah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran

Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.

Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :

1)Surah At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

2)Surah Yunus ( surah 10 : ayat 57 )

3)Surah An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )

4)Surah Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )

5)Surah Asy Syu'ra' ( surah 26 : ayat 80 )

6)Surah Al Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )

Antara kelebihan ayat-ayat syifa' ini adalah:

Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."

Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.

Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.

Cara-Cara Menggunakan Ayatus Syifa'
1)Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
2)Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
3)Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.

Selamat beramal..=)

Monday, February 27, 2012 at Monday, February 27, 2012

0 Comments to "Ayat-ayat Syifa' dari Al-Quran"

Post a Comment