Meningkatkan keyakinan diri - Siri 1

Keyakinan diri yang dimaksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.

Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.

Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.

Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.

Ada orang yang banyak idea tetapi tidak berani untuk menulis disebabkan bimbang karyanya tidak disukai orang. Keyakinan diri orang begini sangat rendah hingga dia sendiri memandang rendah terhadap karyanya sendiri.

Ada orang yang tidak pernah mengecap kejayaan besar yang boleh dibanggakan. Lalu mereka sangka kejayaan bukanlah untuk mereka. Dalam erti kata lain, mereka seolah-olah percaya mereka telah lahir untuk gagal.

Insyaallah, pada coretan akan datang, saya akan cuba kongsikan beberapa tips keyakinan diri untuk kita semua.

Saturday, February 12, 2011 at Saturday, February 12, 2011

0 Comments to "Meningkatkan keyakinan diri - Siri 1"

Post a Comment